Berita
Ikuti perkembangan terkini dan maklumat penting dari KOPERASI AIMS PULAU PINANG BERHAD
LAWATAN HORMAT KE SKM PUSAT UNTUK RAYUAN PERMOHONAN KELULUSAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 54(2) AKTA KOPERASI 1993
Bagi memastikan setiap permohonan IPO di MITI mendapat kelulusan di peringkat SKM Pusat dan Negeri Pulau Pinang, AIMSKOOP telah mengadakan satu lawatan hormat ke SKM Pusat bagi membentangkan proses permohon IPO MITI pada 22 Mei 2024.
SESI LIBAT URUS PENGGUBALAN AKTA KOPERASI YANG BAHARU BERSAMA KOPERASI ZON UTARA (PERLIS, PULAU PINANG & KEDAH)
Koperasi AIMS Pulau Pinang Berhad telah menerima jemputan dari SKM Pulau Pinang untuk membantu memberi pendapat dan idea dalam penggubalan akta pelaburan di Bursa Malaysia pada 21-22 Oktober 2024 bertempat di Grand Alora Hotel, Kedah.
PEJABAT RASMI KOPERASI AIMS PULAU PINANG
Alhamdulillah, pejabat rasmi AIMSKOOP telah siap sepenuhnya pada November 2024. Pejabat rasmi koperasi terletak di No 2843-A, Jalan Baru, Bandar Perai Jaya, Pulau Pinang. Pegawai SKM Pn Nur Aqilah telah membuat lawatan rasmi ke pejabat AIMSKOOP.
BENGKEL KONSULTASI PERAKUANAN
Koperasi juga giat mengikuti kursus yang diadakan oleh pihak SKM dan juga IKMa bagi memastikan koperasi dapat memahami kaedah terbaik dalam menjalankan operasi koperasi secara profesional dan cekap. Kursus di bawah SKM dan IKMa adalah langkah strategik untuk memastikan koperasi dapat beroperasi dengan lebih efektif, mematuhi peraturan Akta Koperasi 1993.